pengikut2 setia

Saturday, 8 March 2014

Nota Untukmu Sahabat

Sahabat, saya sayang awak. Sayang sangat-sangat.
Saya tak nak tengok awak masuk neraka. Saya tak nak kita sama-sama masuk neraka. Jom nak tak kita tutup aurat?

Kita sama-sama pakai stokin, pakai baju longgar, pakai tudung labuh.
Nampak cantik di mata Allah. 
Pandangan manusia tak penting awak.
InshaaAllah nanti kita boleh sama-sama masuk syurga. Jom :')


Aku sayang kau sahabat kerana Allah. Dan aku tak nak lihat kau terjerumus dalam kegelapan. 


Love,
nikshima

How to Change?

Assalamualaikum & hai.
Ok walaupun ramai yg x tahu kewujudan blog ni. It's still okay. No worry. At least siapa yg terdetik nak bukak blog ni, & terdetik nak baca, at least uoll dapat something dari blog. Walaupun x banyak sikit pun da okay. (ayat tacing plak kan. hihihi)

Okay so topik hari ini berkenaan macam mana kita nak berubah. Hmmm berfikir sejenak
Tak kisah la nak berubah jadi lagi muslimah ke, nak berubah jadi kurus ke, nak berubah semoga sem ni boleh dapat result yang lagi okay dari sem lepas ke, nak berubah jadi isteri yang lebih taat kepada suami ke, and so on la. banyak pulak contohnya
Tak kisah as long as uoll ada azam/niat masing-masing untuk berubah kepada yg lebih baik. Hokayy! haih banyak pulak bebelnya

Okay so ni STEP dia!

First of all, tetapkan niat kita betul-betul, hanya kepada Allah SWT. Niat kena betul. Bukan niat kerana ciptaan Allah, bukan niat kerana harta benda tetapi kepada Pencipta kita iaitu ALLAH SWT. Kalau bukan kepada Dia yang dapat memakbulkan azam kita itu siapa lagi kann...
So! Niat hanya kerana Allah SWT. Bila da set niat, azam kena kuat! Kalau nak kurus tu, kena betul-betul azam yang kuat. Tak boleh hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Then, kita mohon pada Allah SWT yakni berdoa semoga Allah beri kita kekuatan untuk meneruskan perubahan ni. Minta kepada Allah semoga Allah tunjukkan kita jalan yang benar, semoga Allah permudahkan perjalanan kita menuju perubahan. Dan mohon pada Allah semoga Allah redha & merahmati pilihan yang telah kita pilih.

Step yang ketiga, kita cari sahabat-sahabat yang soleh & solehah. Sahabat yang baik sentiasa memberi kita sokongan moral dari segi spiritual atau pun fizikal. Mohon pada Allah agar kita dikelilingi dengan orang-orang yang berhati mulia, yang baik hati. Kalau ada antara kawan-kawan kita suka ejek kita, perli kita, kita kena cari kawan lain. Cari kawan yang boleh memberi kita nasihat yang berguna & membina. Yes kena cari! Untuk kepentingan & kelaksanaan azam kita itu juga. Matlamat kena jelas ya akhi ya ukhti!
Jangan risau. Allah ada. Allah lah sebaik-baik sahabat di dunia ni.

Step yang seterusnya, kita cari suasana yang baik. Suasana kita sangat memainkan peranan yang penting. Kalau suasana kita x bagus, tak memberangsangkan sangat, kita kena tukar. Hah kena tukar?? Nanti susahla nak adapt macam ni T.T
Heyy jangan risau! Allah ada kan. Jangan risau. Setiap perjalanan yg kita pilih, yang kita buat, Allah sentiasa bersama dengan kita. Jangan takut jangan sedih. Don't worry la!
Sebab itu la penting nya doa. Doa itukan senjata orang mukmin! So don't have to be worry okayyy. Allah ada.

And last but not least, penyakit orang Melayu kita. Iaitu.........................................................

MALAS & SUKA BERTANGGUH

Okay No No No No! Tak mo tak mo yang ni~~! Attitude ni kena buang jauh-jauh. Campak dalam laut.
Kita jangan bertangguh. Kalau hari ni kita terasa nak berubah untuk kurus ke nak berubah jadi lebih muslimah kita, terus laksanakan niat tu!
Kalau yang nak kurus tu, esok nya terus jogging. Makan makanan yang berkhasiat yang tidak lebih dari keperluan sehari-harian. Jangan buat 1 hari je. Buat sampai matlamat kita tercapai!
Yang mana kalau teringin nak berubah jadi muslimah, menutup aurat dengan baik. Terus laksanakan niat tu. Start pakai baju labuh, pakai stokin, labuhkan tudung. Buat perlahan-lahan. Buat satu-satu. Jangan tergopoh-gapah.
Jangan risau. ALLAH ADA tolong kita.

Haa jelas tak?
Nak berubah ni memang payah wa cakap lu.. Tak ada benda yang senang atas dunia ni. Kalau kita inginkan sesuatu kena berkorban sedikit, eh bukan sedikit la, banyak yg kita kena korban.
Itu la dinamakan UJIAN.

Heyyy you!! Syaitan TAK PERNAH REHAT untuk sesatkan kita. Kenapa kita nak cepat berputus asa.
Kannnnn~


Okay so meh kita short-list kan step tadi:
  1. Niat kerana Allah SWT. Azam kena kuat.
  2. Berdoa kepada Allah SWT.
  3. Cari sahabat-sahabat yang soleh & solehah.
  4. Cari suasana yang baik. Tukar kalau suasana itu tidak sesuai.
  5. Jangan bertangguh.



Jadi, nak berubah, kita FOKUS AKHIRAT. Kalau kita fokus akhirat inshaaAllah kita KUAT. Kalau kita fokus DUNIA, tak kemana la kita.
Ignore hasutan/bisikan syaitan laknatullah, tempis aura-aura negatif. Buang jauh-jauh perasaan takut, sentiasa bersangka baik kepada Allah.
Haaa okay kawan-kawan! =)

Orait itu sahaja step nya. Semoga bermanfaat.

Peace yo!

Love,
nikshima

Monday, 27 January 2014

Jom Tingkatkan AMALAN



1 HARI di dalam akhirat = 1000 HARI di atas dunia

Amalan kita tiap-tiap hari macam mana?
Apakah yang kita lakukan untuk Allah SWT?
Apakah amalan kita sudah cukup untuk masuk syurga?
Apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kiamat?

Semua orang nak masuk syurga tapi amalan x seberapa.
Nak masuk syurga tapi masih tidak menutup aurat. Nak masuk syurga tapi masih melakukan maksiat.

Astaghfirullah...
Muhasabah diri jom!
IKHLAS kerana ALLAH SWT.

The girl doodle took from Mr. Google.
Edit by me~


Renung-renungkan & jom beramal~  

Love, nikshima

Saturday, 4 January 2014

Jangan Sombong

MUHASABAH DIRI


- Kita baru naik kapal terbang sudah SOMBONG. Rasulullah SAW naik ke langit pun TIDAK SOMBONG.

- Kita baru naik Bugatti Veyron atau Lamborghini sudah SOMBONG. Rasulullah SAW menunggang Buraq yang selangkah kakinya itu sama dengan perjalanan sejauh mata memandang pun TIDAK SOMBONG.


- Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah SOMBONG dan merasa BANGGA. Kalau menteri senyum kepadanya dia merasa bangga. Rasulullah SAW berjumpa dengan Allah SWT di Sidratul Muntaha yang mana Malaikat sendiri tidak pernah masuk, tetapi baginda TIDAK PERNAH SOMBONG.

So apa sebab kita nak sombong atas dunia ini? Kita kat atas dunia ni tak kekal, hanya pinjaman semata-mata. Akhirnya, kita akan kembali jugak kepada Allah SWT.

Jadi, tak perlulah kita sombong sesama kita. Tak dapat apa-apa pun. 

Conversely, mungkin boleh menimbulkan perbalahan dan mengakibatkan keadaan jadi makin teruk. Nauzubillah. 




Mintak dijauhkan dari mempunyai sikap ni. Aminn ya rabbal a'laminn.
Sekadar peringatan kita bersama. Buat apa nak sombong kan? Ye idokkk. hihi


Love, nikshima

Tuesday, 31 December 2013

Allah sayang KITA

Assalamualaikum and haiiiii

Okay esok da new year (yeayyyy!)
hahahahaha okay xde kaitan =.=

so apa nak cakap ye. hah!
okay kita bertemu, berpisah atas dunia ni semua kerja Allah. and setiap pertemuan tu ad hikmah dia. yes ad hikmah dia. bukan saja saja Allah nak buat macam tu. so contohla hari ni korang jumpa sorang hamba Allah ni. Allah temukan korang dengan seseorang ni either untuk benda buruk or benda baik. kalo benda buruk tu x semestinya benda tu akan bagi bad effect kat hidup korang selama lamanya. x bermakna Allah tak sayang korang. benda buruk tu bole jadi akan menjadi satu titik permulaan kepada benda yang baik dalam hidup korang selepas ni. and that benda buruk itu dipanggil sebagai ujian . think positive mannn~
ujian itu Allah bagi sebab Allah rindu korang. Allah nak dengar rintihan hamba dia yang semakin hari semakin lupa akan Dia. okay yg sentiasa ingat Allah tu that's GOOD!! 
well zaman kita sekarang ni memang banyak sgt benda yang bole kita leka dengan tanggungjawab kita kat Allah. contohnye teknologi sekarang ni. da macam macam da ada. ipad x ipad la note x note da. da banyak sgt da barang yang manusia cipta lagi menyimpang, lagi buat kita lagha. sedih tak kita jauh dari Allah. sedih x sedih x sedih x?? pergghhh sedih kotttttttt.

so kalau kamu diberi ujian, dugaan and sama waktu dengannya, just redha, accept that challenge. kalau Allah bagi ujian tu bersyukur ! sebab Allah ingat kita lagi! okay kalo Allah x kasi tu bukan Allah x sayang, Allah kasi tapi dalam bentuk kita dalam keadaan yang bahagia. tu pun namanya ujian jugak, ujian dalam kebahagiaan. nak tengok kita ingat Allah ke tak. ujian ni bukan terbatas kepada perkara yang sedih, yang hiba je, ujian ni macam macam. yang time time happy pon ujian jugak. kita ingat ke tidak kepada siapa harus kita berterima kasih atas kebahagiaan yang kita rase tu.
nak berterima kasih kat Allah, nak ingat Allah bukan time kita susah je. ianya adalah setiap masa. yup setiap masa. bukan time kita susah baru nak ingat. time senang?
emm hampeh, mengaji Quran pon okay xpela hari ni je. okay xpela, banyak keje nk kena buat ni. okay xpela Allah faham. No! avoid that!

so nak cakap kat sini, even kalo korang senang pon, ada hikmah, korang susah pon ad hikmah.
heyy perancangan Allah lagi sempurna okay . so korang jangan sedih, mengaji Quran kena tiap tiap hari kalo bole. kalo x bole sangat x sempat sangat, baca surah al-ikhlas 3x pon okay sajohhh. eh baca al-ikhlas 3x bersamaan dengan habis mengaji 1 al-Quran hokayy.



okay okay sudaaa. so korang korang, have fun ye! have fun dengan ujian Allah. senyum. =)))))))))))))

eh sory kalo ada terkasar bahasa, tersalah info. yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan diri iolls sendiri.

daaa..

Love, nikshima

Sunday, 31 March 2013

Bila ALLAH Menduga Kita..

#sharingmoment #mustread

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..


Sentiasalah berprasangka baik pada Tuhanmu. Jangan sesekali kita berpaling dari Allah. Jangan kita ingat Allah memberi dugaan atau musibah kepada kita hanya untuk menyiksa kita, menyusahkan kita, TETAPI Allah memberi kita dugaan atau musibah kerana Allah rindukan rintihan dari hambaNya, yang kadang-kadang semakin melupakan Dia.

Pada satu hari, seorang sahabat memberi saya pinjam sebuah buku yang bertajuk “Bila Allah Menduga Kita” hasil karya Syed Alwi Alatas. Ketika dia memberi saya buku itu saya dalam keadaan totally in bad condition. I felt so down with my test result. I take a very long time to finish reading that book because I want to be in that book..

Buku itu sangat memberi saya pengajaran dan saya belajar banyak benda dari buku tu. Dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik, buku itu hadir mengisi jiwa yang sudah lama kosong, yang sudah lama tersasar dari Penciptaku..
Ada satu bahagian dalam buku tu memberi impak yang sangat besar dalam diri saya. It just not totally change my life after that, but it gave me a very BIG MOTIVATION in my life if I’m down..

Let me share with you that part :
Bila Allah Menduga Kita, muka surat 28:

Dari ucapan Al-Shadiq Al-Mashduq ‘yang benar dan yang dibenarkan’ pada hadis di atas, 

Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah.” 

Jadikanlah ketiga-tiga langkah tersebut sebagai perisai kita dalam persoalan ini. Jadikanlah ketiga-tiga langkah ini sebagai pembimbing dalam kehidupan kita. Marilah kita ulangi kata-kata Nabi SAW tersebut agar lebih berkesan dalam hati kita, “raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah dan jangan besikap lemah.”

Langkah pertama :

Raihlah apa yang bermanfaat bagimuJangan biarkan sesuatu dugaan sampai membunuh kepekaan kita untuk meraihnbeberapa manfaat yang tertinggal.
 Sekiranya kita ditimpa masalah, jangan biarkan masalah itu mengaburi pandangan kita sehingga kita tidak dapat melihat kebaikan dari masalah tersebut. Jika tidak kita mungkin akan kehilangannya lagi.

Langkah Kedua :

Minta tolonglah kepada Allah.
 Bukankah dengan meminta pertolongan pada yang Maha Penolong, maka sebahagian besar keresahan dan beban dugaan kita akan menjadi ringan, bahkan sebelum pertolongan itu sendiri datang?
 Adakah kita tidak yakin dengan pertolongan Dia yang menciptakan kita? Sekiranya tidak kepada Allah, kepada siapa lagi kita akan memohon pertolongan?
Jika kita dapat melakukan kedua-dua langkah ini dengan baik, ini sangat membantu kita untuk tidak mudah terjebak dengan pelbagai persoalan hidup.




Langkah Ketiga :

Jangan bersikap lemah.
Kelemahan pertama adalah kelemahan situasi yang muncul bersama-sama dengan dugaan.
Kelemaham kedua adalah sikap yang muncul.
Setiap dugaan yang datang, kita mampu memilih, apakah kita menghadapinya dengan sikap yang lemah atau bersikap kuat? YOU CHOOSE!

Jangan salahkan dugaan jika kita gagal untuk tangani masalah kita sendiri. Semua itu  sepenuhnya adalah tanggungjawab kita sendiri! Sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT. 
Ingat! Kita hanya mampu MERANCANG, tapi perancangan Allah lagi TERBAIK! Allah knows the best for us.. 

SILA JADI KUAT!





JANGAN BERSEDIH! ALLAH SWT SENTIASA BERSAMA KITA.. =)  











Friday, 8 March 2013

Aibmu

Bismillahirrahmanirrahim..

"AIB".
Aurat itu AIB. Dan aib ialah MALU.
Sesungguhnya yang tertutup itu indah. Di ibaratkan seperti coklat Ferrero Rocher. Dari luar balutannya sangat cantik, dibalut dengan balutan emas bersinar. Jika terbuka balutannya manakan tidak semut akan datang menyinggah. Maka hilanglah rasa indah coklat tersebut.

Konsepnya sama juga dengan kita sebagai manusia. Jika kita tidak menutup apa yang zahir pada diri kita, maka hilanglah keindahan dan kecantikan kita sebagai seorang wanita muslimah.

Renungkan seketika..
Ketika mengerjakan solat, kita akan menutup aurat kita kerana tidak sah solat kita jika aurat kita terdedah dengan sengaja. Sia-sia sahaja solat jika kita tidak menutp aurat. Walaupun sekadar terdedah bahagian kaki walau sedikit pun dikira solat kita tidak sah. Jika kita sedar kaki terdedah.





Sama sahaja jika kita tidak menutup aurat di khalayak ramai. Kita akan menutup dengan rapi aurat kita ketika mengerjakan solat, tetapi kenapa tidak ketika berada di khalayak ramai? Sedangkan hakikatnya sama sahaja. Di luar solat atau di dalam solat kita masih terikat dengan Allah SWT.

Sahabatku sekalian,
Masih belum terlambat untuk berubah. Tutup mana yang haram dan ubah diri ikhlas kerana Allah SWT. Pintu taubat masih terbuka luas untuk kita hamba yang selalu membuat kesilapan. Inshaa Allah, Allah SWT akan mempermudahkan jalan kita untuk berubah jika kita nekad untuk berubah kerana Dia Pencipta kita.



Jom sama-sama mencari REDHA Allah SWT. =)