pengikut2 setia

Saturday, 8 March 2014

How to Change?

Assalamualaikum & hai.
Ok walaupun ramai yg x tahu kewujudan blog ni. It's still okay. No worry. At least siapa yg terdetik nak bukak blog ni, & terdetik nak baca, at least uoll dapat something dari blog. Walaupun x banyak sikit pun da okay. (ayat tacing plak kan. hihihi)

Okay so topik hari ini berkenaan macam mana kita nak berubah. Hmmm berfikir sejenak
Tak kisah la nak berubah jadi lagi muslimah ke, nak berubah jadi kurus ke, nak berubah semoga sem ni boleh dapat result yang lagi okay dari sem lepas ke, nak berubah jadi isteri yang lebih taat kepada suami ke, and so on la. banyak pulak contohnya
Tak kisah as long as uoll ada azam/niat masing-masing untuk berubah kepada yg lebih baik. Hokayy! haih banyak pulak bebelnya

Okay so ni STEP dia!

First of all, tetapkan niat kita betul-betul, hanya kepada Allah SWT. Niat kena betul. Bukan niat kerana ciptaan Allah, bukan niat kerana harta benda tetapi kepada Pencipta kita iaitu ALLAH SWT. Kalau bukan kepada Dia yang dapat memakbulkan azam kita itu siapa lagi kann...
So! Niat hanya kerana Allah SWT. Bila da set niat, azam kena kuat! Kalau nak kurus tu, kena betul-betul azam yang kuat. Tak boleh hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Then, kita mohon pada Allah SWT yakni berdoa semoga Allah beri kita kekuatan untuk meneruskan perubahan ni. Minta kepada Allah semoga Allah tunjukkan kita jalan yang benar, semoga Allah permudahkan perjalanan kita menuju perubahan. Dan mohon pada Allah semoga Allah redha & merahmati pilihan yang telah kita pilih.

Step yang ketiga, kita cari sahabat-sahabat yang soleh & solehah. Sahabat yang baik sentiasa memberi kita sokongan moral dari segi spiritual atau pun fizikal. Mohon pada Allah agar kita dikelilingi dengan orang-orang yang berhati mulia, yang baik hati. Kalau ada antara kawan-kawan kita suka ejek kita, perli kita, kita kena cari kawan lain. Cari kawan yang boleh memberi kita nasihat yang berguna & membina. Yes kena cari! Untuk kepentingan & kelaksanaan azam kita itu juga. Matlamat kena jelas ya akhi ya ukhti!
Jangan risau. Allah ada. Allah lah sebaik-baik sahabat di dunia ni.

Step yang seterusnya, kita cari suasana yang baik. Suasana kita sangat memainkan peranan yang penting. Kalau suasana kita x bagus, tak memberangsangkan sangat, kita kena tukar. Hah kena tukar?? Nanti susahla nak adapt macam ni T.T
Heyy jangan risau! Allah ada kan. Jangan risau. Setiap perjalanan yg kita pilih, yang kita buat, Allah sentiasa bersama dengan kita. Jangan takut jangan sedih. Don't worry la!
Sebab itu la penting nya doa. Doa itukan senjata orang mukmin! So don't have to be worry okayyy. Allah ada.

And last but not least, penyakit orang Melayu kita. Iaitu.........................................................

MALAS & SUKA BERTANGGUH

Okay No No No No! Tak mo tak mo yang ni~~! Attitude ni kena buang jauh-jauh. Campak dalam laut.
Kita jangan bertangguh. Kalau hari ni kita terasa nak berubah untuk kurus ke nak berubah jadi lebih muslimah kita, terus laksanakan niat tu!
Kalau yang nak kurus tu, esok nya terus jogging. Makan makanan yang berkhasiat yang tidak lebih dari keperluan sehari-harian. Jangan buat 1 hari je. Buat sampai matlamat kita tercapai!
Yang mana kalau teringin nak berubah jadi muslimah, menutup aurat dengan baik. Terus laksanakan niat tu. Start pakai baju labuh, pakai stokin, labuhkan tudung. Buat perlahan-lahan. Buat satu-satu. Jangan tergopoh-gapah.
Jangan risau. ALLAH ADA tolong kita.

Haa jelas tak?
Nak berubah ni memang payah wa cakap lu.. Tak ada benda yang senang atas dunia ni. Kalau kita inginkan sesuatu kena berkorban sedikit, eh bukan sedikit la, banyak yg kita kena korban.
Itu la dinamakan UJIAN.

Heyyy you!! Syaitan TAK PERNAH REHAT untuk sesatkan kita. Kenapa kita nak cepat berputus asa.
Kannnnn~


Okay so meh kita short-list kan step tadi:
  1. Niat kerana Allah SWT. Azam kena kuat.
  2. Berdoa kepada Allah SWT.
  3. Cari sahabat-sahabat yang soleh & solehah.
  4. Cari suasana yang baik. Tukar kalau suasana itu tidak sesuai.
  5. Jangan bertangguh.



Jadi, nak berubah, kita FOKUS AKHIRAT. Kalau kita fokus akhirat inshaaAllah kita KUAT. Kalau kita fokus DUNIA, tak kemana la kita.
Ignore hasutan/bisikan syaitan laknatullah, tempis aura-aura negatif. Buang jauh-jauh perasaan takut, sentiasa bersangka baik kepada Allah.
Haaa okay kawan-kawan! =)

Orait itu sahaja step nya. Semoga bermanfaat.

Peace yo!

Love,
nikshima

No comments:

Post a Comment