pengikut2 setia

Friday, 8 March 2013

Aibmu

Bismillahirrahmanirrahim..

"AIB".
Aurat itu AIB. Dan aib ialah MALU.
Sesungguhnya yang tertutup itu indah. Di ibaratkan seperti coklat Ferrero Rocher. Dari luar balutannya sangat cantik, dibalut dengan balutan emas bersinar. Jika terbuka balutannya manakan tidak semut akan datang menyinggah. Maka hilanglah rasa indah coklat tersebut.

Konsepnya sama juga dengan kita sebagai manusia. Jika kita tidak menutup apa yang zahir pada diri kita, maka hilanglah keindahan dan kecantikan kita sebagai seorang wanita muslimah.

Renungkan seketika..
Ketika mengerjakan solat, kita akan menutup aurat kita kerana tidak sah solat kita jika aurat kita terdedah dengan sengaja. Sia-sia sahaja solat jika kita tidak menutp aurat. Walaupun sekadar terdedah bahagian kaki walau sedikit pun dikira solat kita tidak sah. Jika kita sedar kaki terdedah.





Sama sahaja jika kita tidak menutup aurat di khalayak ramai. Kita akan menutup dengan rapi aurat kita ketika mengerjakan solat, tetapi kenapa tidak ketika berada di khalayak ramai? Sedangkan hakikatnya sama sahaja. Di luar solat atau di dalam solat kita masih terikat dengan Allah SWT.

Sahabatku sekalian,
Masih belum terlambat untuk berubah. Tutup mana yang haram dan ubah diri ikhlas kerana Allah SWT. Pintu taubat masih terbuka luas untuk kita hamba yang selalu membuat kesilapan. Inshaa Allah, Allah SWT akan mempermudahkan jalan kita untuk berubah jika kita nekad untuk berubah kerana Dia Pencipta kita.



Jom sama-sama mencari REDHA Allah SWT. =)





No comments:

Post a Comment